Apa khabar anda semua? Saya doakan anda semua dapat membuat perancangan pelaburan anda dengan baik. Pelaburan yang terbaik adalah pelaburan dalam ilmu dan pelaburan adalah satu bentuk perancangan.
Dalam pelaburan emas dan perak anda perlu tahu matlamat anda dalam pelaburan emas serta perak. Anda ingin menjadi pelabur yang mendapat keuntungan secara berulang kali, menjana keuntungan emas secara tahunan atau menjadikan emas sebagai pelindung nilai wang kertas yang semakin susut nilai.
Berbalik tajuk artikel saya hari ini, kenapa posisi terbaik untuk anda mencatatkan keuntungan dalam emas serta perak adalah sebagai peniaga dan pelabur emas? Peluang inilah yang telah disediakan oleh Public Gold sebagai pelabur dan juga peniaga emas.
Cuba anda perhatikan susut nilai bagi setiap jenis produk yang ditawarkan? Semakin besar produk, semakin rendah susut nilai emas.
Sebagai contoh, jika anda mulakan pelaburan anda dalam bentuk 1 dinar, susut nilai adalah 6.1%. Justeru anda perlu menunggu kenaikan emas melebihi 6.1%, barulah anda akan menperoleh keuntungan pelaburan.
Berbanding sekiranya anda melaburan dalam bentuk bar 999.9 100g, kadar susut nilai adalah 5%, kenaikan melebihi 5% bermakna anda sudah menjana keuntungan pelaburan.
Justeru, bagi anda yang baru ingin memulakan pelaburan minimum dalam bentuk emas, cadangan saya bermula dengan 1 dinar berbanding jongkong 999.9 dalam berat 10g kerana susut nilai yang lebih rendah dan keuntungan anda lebih cepat!
Bagaimana pula sekiranya anda mengimbil posisi sebagai pelabur dan peniaga emas serta perak?
Keuntungan anda lebih maksimum! Kenapa? Sebab bagi setiap transaksi jual @ beli anda akan menikmati pulangan sekitar 1.5%-2.5% bagi setiap produk.
Contoh, sekiranya pelaburan permulaan anda 1dinar, sebagai peniaga dan juga pelaburan susut nilai emas anda sekarang hanya sekecil 4.6%, bermakna kenaikan melebihi 4.6% anda sudah menjana keuntungan pelaburan!!
Cuba anda perhatikan jadual dibawah bagi setiap peratusan susut nila sekiranya anda memilih posisi sebagai peniaga dan pelabur emas serta perak.
Justeru adalah lebih menguntung bagi anda sekiranya anda mampu membuat pertimbangan yang wajar bagi setiap pelaburan anda. Sekiranya anda memilih sebagai pelabur, anda dikira bijak sekiranya mampu membuat pertimbangan bagi setiap produk pilihan anda, kerana lebih kecik nilai spread pulangan pelaburan anda lebih tinggi.
Begitu juga bagi anda yang memilih posisi sebagai pelabur dan peniaga kerana posisi ini lebih menguntungkan pelaburan anda.
Semoga anda menjadi pelabur yang bijak dan berjaya!!
Anda boleh hubungi saya 012-4861687 untuk maklumat dan bimbingan selanjutnya.
ISMAIL HAKIMI IBRAHIM
admin@goldsilvermind.com
serialshedo86@yahoo.com
012-4861687
